fb fb fb fb fb

Penduduk kawasan berisiko perlu peka, bersedia hadapi musim tengkujuh- APM Kelantan

(FOTO FAIL/ BERNAMA)

KOTA BHARU, 30 September- Penduduk Kelantan yang tinggal di kawasan rendah dan berisiko banjir perlu berwaspada dan berhati-hati bagi menghadapi Monsun Timur Laut atau musim tengkujuh yang dijangka melanda tidak lama lagi.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kelantan, Mohd Adzhar Mujab berkata penduduk perlu segera membuat persiapan untuk berpindah ke tempat yang lebih selamat sekiranya hujan berterusan sehingga mengakibatkan air mulai naik di kawasan penempatan terbabit.

"Penduduk juga dinasihatkan supaya tidak mudah percaya dengan maklumat atau berita  yang tidak sahih terutama berkaitan banjir yang boleh menimbulkan keresahan orang ramai," katanya.

Seramai 1,349 pegawai dan anggotanya berada dalam keadaan bersedia apabila menghadapi hujan lebat, selain memastikan kelengkapan logistik bersiap siaga termasuk 84 pelbagai bot, 16 lori, 14 kenderaan pacuan empat roda dan 13 ambulans.

APM turut mengadakan beberapa siri latihan menyelamat bersama anggota dan komuniti sebagai persediaan untuk meningkatkan kemahiran dan keyakinan menghadapi situasi bencana banjir di Kelantan.


(FOTO HIASAN)

Media Baharu