fb fb fb fb fb

Pelaburan penerbitan filem produksi luar negara dialukan

(Zahidi Zainul Abidin pada majlis pra tonton filem seram tempatan 'Don't Look At The Demon')

KUALA LUMPUR, 30 September- Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM), menerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) sentiasa mengalu-alukan semua produksi luar negara menjalankan penggambaran di Malaysia.

Timbalan menterinya, Datuk Zahidi Zainul Abidin yakin menerusi insentif penerbitan filem di Malaysia, berupaya menarik minat pelaburan dalam penerbitan filem dan televisyen, selain membangunkan ekosistem mampan dalam pasaran tempatan.

"Jadi ini cukup membanggakan kita kerana FINAS melalui programnya telah pun terlibat dalam 82 filem antarabangsa dan 80 filem tempatan. Jadi kita lihat ini adalah usaha K-KOMM dan FINAS mempromsikan filem-filem tempatan dan berkerjasama dengan produksi luar negara."

Beliau menyatakan demikian selepas majlis pra tonton filem seram tempatan 'Don't Look At The Demon' di ibu negara.

Filem itu menelan bajet pembikinan hampir RM9 juta dan akan mula ditayangkan di pawagam di seluruh negara pada 6 Oktober ini dan sehari kemudian di lebih 250 pawagam di Amerika Utara.

Filem berdasarkan kisah sebenar itu, mengisahkan sekumpulan penyiasat paranormal Amerika Syarikat telah mengembara ke Bukit Fraser di Pahang untuk menyiasat kejadian ghaib di sebuah rumah yang dibina pada tahun 1970-an.

'Don't Look At The Demon' merupakan filem Malaysia pertama yang ditayangkan di Amerika Syarikat, sekaligus membuka peluang untuk kejayaan antarabangsa dalam produksi tempatan pada masa hadapan.

(Datuk Zahidi Zainul Abidin, Timbalan Menteri K-KOMM)

Media Baharu