fb fb fb fb fb

Syed Othman Syed Husin penerima Anugerah Perdana Maulidur Rasul 1445H

(Al-Sultan Abdullah berkenan menyampaikan anugerah kepada Profesor Datuk Dr
Syed Othman sebagai Penerima Anugerah Perdana Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan/ BERNAMA)

PUTRAJAYA, 28 September- Penasihat syariah dan ekonomi, Profesor Datuk Dr Syed Othman Syed Husin Al-Habshi dipilih sebagai Penerima Anugerah Perdana sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan.

Beliau dipilih berdasarkan sumbangan dalam pembangunan dan pemerkasaan disiplin ekonomi dan kewangan Islam.

Syed Othman, 80 merupakan dekan pertama Kuliyyah Ekonomi, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan pernah menjawat Presiden serta Ketua Pegawai Eksekutif di UNITAR.

Sementara itu, enam lagi individu lain menerima Anugerah Maulidur Rasul.

Mereka adalah Yang Di Pertua Majlis Islam Sarawak, Datu Misnu Taha; Pengasas dan Presiden Pertubuhan Penyebaran Islam Antarabangsa, Datuk Kamaruddin Abdullah dan Yang Dipertua Persatuan Falak syari'e Malaysia, Syed Kamarulzaman Syed Kaberr.

Penerima lain adalah Pengerusi Yayasan Kebajikan Haiwan Kebangsaan, Datuk Dr.Mohd Nordin Mohd Noor; Ketua Operasi bagi Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia, Zamzuri Ghani dan Bekas Pengarah Kolej MARA Kuala Nerang, Shaariah Dahman.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menyampaikan anugerah kepada semua penerima.

Kesemua penerima anugerah masing-masing menerima hadiah berupa wang tunai, medal, sijil penghargaan dan jongkong emas.


(FOTO BERNAMA)

Media Baharu