fb fb fb fb fb

Syarikat, usahawan perlu ubah landskap perniagaan ke arah melestarikan alam sekitar

Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA), Albycare bersama dua rakan strategiknya iaitu Alpha-B Holdings dan HM Track Deal Sdn Bhd di Kuching

KUCHING, 30 April- Landskap keusahawanan atau syarikat di negeri Sarawak perlu selari dengan misi dan visi kerajaan yang mengambil kira kelestarian alam sekitar dalam membangunkan negeri ini.

Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Michael Tiang Ming Tee berpandangan langkah sedemikian berupaya menarik pelabur dan kerjasama dari dalam dan luar negara, sekali gus, mengukuhkan kestabilan rantaian perniagaan serta menyumbang kepada ekonomi negeri.

Beliau berucap pada Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA), Albycare sebuah syarikat kebersihan di Sarawak bersama dua rakan strategiknya iaitu Alpha-B Holdings dan HM Track Deal Sdn Bhd di Kuching.

Sementara itu, Datuk Michael memaklumkan syarikat kebersihan itu harus menjadi penanda aras syarikat-syarikat di negeri ini, berikutan mengikuti dan menerima pakai rangka kerja alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG).

ROSLINA BINTI DIN