fb fb fb fb fb

Syarikat minat melabur dalam MYAirline tarik diri - Anthony Loke

Anthony Loke Siew Fook

BATU GAJAH, 29 Februari- Syarikat yang sebelum ini berminat untuk melabur dalam MYAirline Sdn Bhd (MYAirline) bertindak menarik diri daripada berbuat demikian kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook.

Beliau berkata dalam pertemuan sebelum ini perjanjian untuk melabur dalam MYAirline telah ditandatangani, syarikat terbabit masih terikat kepada beberapa syarat dalam dokumen berkenaan.

Perkara itu termasuk menyelesaikan isu pembayaran gaji pekerja dan pampasan kepada penumpang terjejas.

"Semalam kita ada menerima surat daripada syarikat tersebut yang sebelum ini dikatakan mahu melabur dalam MYAirline.

"Mereka memaklumkan kepada pihak kerajaan melalui surat kepada MAVCOM bahawa telah membatalkan hasrat untuk melabur dalam MYAirline. Itu keadaannya sekarang," sidang media selepas merasmikan Majlis Konvokesyen Akademi Keretapi Tanah Melayu (KTM) Keenam di sini.

Bagaimanapun Kementerian Pengangkutan sebelum ini telah bertemu dengan pelabur berpotensi baharu MYAirline dan sebarang keputusan komersil terserah kepada pihak pengurusan syarikat penerbangan itu.

Mengulas lanjut Anthony Loke berkata sebarang tindakan susulan perlu mematuhi peraturan berkaitan isu pembayaran gaji pekerja dan bayaran balik kepada penumpang terjejas.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI