fb fb fb fb fb

Syarat solat Jumaat buat jemaah lengkap vaksin, dos penggalak hanya terpakai di Selangor

PUTRAJAYA, 27 Februari - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memaklumkan, beberapa syarat bagi membolehkan jemaah hadir ke masjid atau surau untuk menunaikan solat Jumaat hanya ditentukan oleh pihak berkuasa agama negeri.

Timbalan Ketua Pengarah (Dasar), JAKIM, Datuk Hakimah Mohd Yusoff berkata SOP solat berjemaah berkenaan terpakai di masjid serta surau di Selangor.

"Sukacita ingin dimaklumkan bahawa syarat berkenaan ditetapkan oleh pihak berkuasa agama negeri Selangor dan hanya terpakai kepada masjid dan surau di negara berkenaan sahaja.

"SOP solat berjemaah di masjid dan surau di lain-lain negeri masih seperti biasa dan perkara ini adalah tertakluk keputusan pihak berkuasa agama negeri masing-masing.

"SOP yang ditetapkan bagi memastikan usaha menjaga dan memelihara maslahah dalam mengawal penularan wabak COVID-19 mencapai matlamat," katanya menerusi kenyataan hari ini.


Pada Selasa lepas, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) melalui surat pekeliling bertarikh 21 Februari telah menetapkan syarat jemaah untuk menunaikan Solat Jumaat berkuat kuasa 25 Februari lalu, dibenarkan bagi mereka yang menerima vaksin lengkap dua dos dan vaksin penggalak.

Ini kerana kebimbangan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj terhadap perkembangan terkini penularan COVID-19 jika berlaku situasi lebih buruk dan menjejaskan aktiviti di masjid, surau dan musolla.

Media Baharu