fb fb fb fb fb

Ke arah fasa endamik, "Duta Endemik" akan diwujudkan

TANJUNG PIAI , 27 Februari - Kerajaan sedang merangka untuk mewujudkan "Duta Endemik".

Ini kearah menuju ke fasa endemik.

Pasukan ini merupakan inisiatif komprehensif yang dianggotai pelbagai pihak termasuk ahli-ahli Komuniti Keluarga Malaysia di seluruh negara.

Jelas Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa, langkah itu bagi memastikan Prosedur Operasi Standard (SOP) mencegah COVID-19 dalam kalangan masyarakat dipatuhi bersesuaian dengan suasana fasa endemik nanti.

"Antaranya syarikat-syarikat penerbangan yang sentiasa menerima kemasukan rakyat luar negara, jadi mereka perlu proaktif mengingatkan penumpang tentang perkara yang harus dilakukan dengan situasi endemik. Kami juga dapat pengesyoran daripada pihak Pos Malaysia Bhd yang mana mereka ini berjalan ke kampung-kampung untuk buat penghantaran. Mereka juga boleh menjadi duta endamik,"

Kata Annuar selepas majlis Penyampaian Watikah Komuniti Keluarga Malaysia Zon Barat di Tanjung Piai, Johor.

Inisiatif bagi mewujudkan "Duta Endemik" akan dibincangkan terperinci pada Mesyuarat Menteri Kuartet COVID-19, minggu depan.

Media Baharu