fb fb fb fb fb

SWCorp Johor bangunkan SOP pembersihan pasca banjir

MUAR, 13 April- Satu Pelan Pembangunan Prosedur Operasi Standard (SOP) pembersihan pasca banjir akan dibangunkan SWCorp Malaysia Johor selewat-lewatnya hujung tahun ini.

Ia memfokuskan kepada SOP pengurusan masa kerja-kerja pembersihan sisa pepejal berpunca banjir.

Pengarahnya, Cairul Hisham Jalaluddin berkata tempoh dua bulan diambil kali ini bagi kerja-kerja pembersihan pasca banjir berbanding sebulan atau kurang sebelum ini.

Ia disebabkan kerja-kerja pembersihan dilaksana berperingkat memandangkan keadaan banjir teruk terutama di Batu Pahat.

Katanya, kelewatan pengurusan boleh mengakibatkan pencemaran wabak penyakit.

"Kalau ikutkan kalau sekali jalan seperti di Yong Peng, Batu Pahat, kita ambil masa dalam tempoh tiga minggu.

Kira bawah sebulan lah tetapi sebabkan kita terpaksa menunggu semua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) itu tutup dan semua balik ke rumah masing-masing. Jadi, tempoh itu agak lama sedikit," kata Cairul kepada pemberita selepas melancarkan program Jelajah Sekolah Angkat Wira Lestari di Pusat Konvensyen Hub Pendidikan Pagoh di sini, hari ini.


(Pengarah SWCorp Johor, Cairul Hisham Jalaluddin)

Kerja-kerja pengurusan pasca banjir selesai hari ini dengan lebih 10,000 tan sisa pepejal dikutip dan akan dilupuskan.

Media Baharu