fb fb fb fb fb

Ramadan, bekalan makanan di Perak mencukupi

(Foto BERNAMA)

IPOH, 13 APRIL- Perak tidak mengalami sebarang ketidakcukupan tanaman makanan utama seperti sayur-sayuran dan buah-buahan ketika Ramadan ini.
 
Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata bekalan itu mencukupi menjelang Aidilfitri.

Jelas beliau, pengeluaran tanaman tembikai, cili dan sayur-sayuran yang menjadi tumpuan ketika Ramadan juga meningkat sehingga suku pertama tahun ini.

"Melihat kepada trend semasa pengeluaran tanaman makanan utama sayur-sayuran dan buah-buahan, bekalan di Perak mencukupi untuk menampung keperluan rakyat semasa Ramadan dan menjelang Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi," katanya kepada pemberita di sini.

Mengulas mengenai kenaikan harga sayur-sayuran, Saarani berkata ia disebabkan kebanyakan sayur-sayuran dan buah-buahan di Perak telah dihantar ke negeri lain yang terkesan akibat banjir.  


(Foto BERNAMA)

Media Baharu