fb fb fb fb fb

Sultan Mizan kurnia bantuan Aidilfitri kepada fakir miskin

(Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan menyampaikan bantuan)

KUALA TERENGGANU, 13 April- Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin dan Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah berkenan menyempurnakan Majlis Pengurniaan Bantuan Kepada Fakir Miskin dan Pelajar Sekolah Sempena Hari Raya Aidilfitri di Istana Syarqiah, Kuala Terengganu.
 
Baginda yang diiringi Yang DiPertuan Muda Terengganu dan semua anakanda baginda disambut Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan isteri, Toh Puan Seri Tuan Faezah Tuan Ab Rahman.
 
Sultan Mizan berkenan mengurniakan bantuan kepada 200 fakir miskin terpilih dari seluruh daerah berupa wang tunai dan hamper barangan keperluan harian daripada Yayasan DiRaja Sultan Mizan, YDSM.
 
Bantuan juga turut disampaikan kepada 30 penggiat seni dan budaya serta 30 veteran polis.
 
Selain itu, seramai 210 pelajar dari keluarga miskin dari tujuh buah sekolah dan 30 pelajar dari tiga buah pusat pengajian islam menerima kurniaan sama. Nilai keseluruhan sumbangan adalah sebanyak RM255,000.

Pada majlis sama, seramai 500 fakir miskin wanita menerima kurnian daripada Yayasan Tuanku Nur Zahirah YTNZ bagi persediaan menyambut Aidilfitri.
 
Badan amal YDSM dan YTNZ ini merupakan koloborasi tahun kedua diadakan bagi membantu golongan yang memerlukan bagi negeri Terengganu.
 
Turut mendapat kerjasama Jabatan Kebajikan masyarakat, Jabatan Kesenian dan Kebudayaan negeri, Polis diRaja Malaysia dan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu, MAIDAM.
 


(Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah turut berkenan menyampaikan bantuan)

Media Baharu