fb fb fb fb fb

Jualan Ramadan Madani, tawar harga lebih murah

PADANG BESAR, 13 April- Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Perlis telah mengenal pasti empat lokasi sebagai lokasi pelaksanaan program Jualan Ramadan Madani sepanjang Ramadan hingga menjelang Aidilfitri ini.

Lokasi tersebut merangkumi Agrobazaar Rakyat Borong Wann, Agro Rakyat Beseri, Pasar Tani Taman Sena Indah dan Pasar Tani Kekal Simpang Empat.

Pengurus Agrobazaar Rakyat Borong Wann, Wan Nan Wan Din berkata usaha dilaksanakan pihak FAMA membolehkan orang ramai mendapat harga barangan ditawarkan pada harga jauh lebih rendah.

Sepanjang pelaksanaan Jualan Ramadan Madani, pihaknya menawarkan barangan antaranya hasil laut segar dengan potongan harga sehingga 20 peratus, ayam dan beras pada harga 10 peratus lebih rendah.

Tambahnya, jumlah jualan sepanjang Ramadan kali ini mampu mencecah sehingga RM500,000.

"Kalau ada peruntukan, kita teruskan tiap-tiap minggulah. Baguslah untuk penduduk-penduduk yang mungkin sekarang ini ada masalah ekonomi dan secara tidak langsung menjelang hari raya Aidilfitri.

Inisiatif ini membantu ramai pihak serta mengurangkan bebanan orang kampung," kata Wan Nan ketika ditemui media pada Program Jualan Ramadan Madani di Agrobazaar Rakyat Borong Wann Felcra Lubuk Sireh, di sini.


(Pengurus Agrobazaar Rakyat Borong Wann, Wan Nan Wan Din)

Bagi memenuhi permintaan pelanggan, pihaknya sentiasa bersedia menambah stok bekalan barangan keperluan dan memberi jaminan barangan keperluan adalah mencukupi untuk keperluan Ramadan dan Aidilfitri ini.

 

Media Baharu