fb fb fb fb fb

Warga kerja RTM turut imarahkan Program World #QuranHour

(FOTO RTM)

KUALA LUMPUR, 13 April-Jabatan Penyiaran Malaysia tidak ketinggalan mengimarahkan Program World Quran Hour 2023, hari ini.

Program anjuran Badan Kebajikan Staff Seksyen Fasiliti Teknikal (BAKES) dengan kerjasama Bahagian Ehwal Semasa dan Masjid Muhammadi RTM itu turut diserikan dengan majlis khatam Al-Quran.

Penaung BAKES, Nor Hisham Abas berkata Program World #QuranHour mampu mendidik masyarakat agar dekat dengan Al-Quran sekali gus memberi impak terhadap organisasi dan negara.

"Acara ini dapat memupuk dan membimbing warga RTM untuk mendekatkan diri dengan Allah SWT. Selain memberi satu impak kepada warga jabatan dan negara", katanya ketika ditemu bual selepas tamat program.

Ketua Imam Masjid Muhammadi RTM, Ustaz Mohd Firdaus Muhammad berkata pemilihan surah Al-Insan adalah bertujuan bagi melahirkan sifat ikhlas dan kehambaan kepada Allah SWT.

"
Kali ini Quran Hour memilih surah Al-Insan. Surah tersebut akan memberi intipati dan pemahaman kepada kita sebagai seorang manusia perlu menjadi seorang yang baik. Nabi kata jadilah kamu sebaik-baik manusia yang memberi manfaat kepada orang lain. Bila mana kita memahami dan menghayati apa yang kita baca dalam surah Al-Insan itu memberi erti kepada kita untuk perlu menjadikan penghambaan diri kita kepada Allah dengan keikhlasan", ujarnya ketika ditemui selepas program di Wisma berita di sini.

Program World Quran Hour 2023, berlangsung di Lobi Wisma Berita, Angkasapuri disertai warga kerja Jabatan Penyiaran Malaysia daripada pelbagai unit.

Sementara itu, di Kuala Terengganu, 30 Kakitangan Jabatan Penyiaran Terengganu turut sama menyertai Program berkenaan yang diadakan serentak di seluruh negara. Program berlangsung kira-kira 1.00 pagi tadi.

Timbalan Pengarah Jabatan Penyiaran Terengganu Nur Hafizah Idris berkata sebelum ini program diadakan dalam skala kecil namun tahun ini diadakan secara besar-besaran

"Kita mengambil segala kejadian sebagai pengajaran kehidupan. Semoga aktiviti seperti ini dapat mendidik masyarakat bagi menjadikan Al-Quran sebagai teman", katanya ketika ditemui selepas mengetuai bacaan Al Quran di RTM Terengganu.

(Sebahagian warga kerja RTM yang turut terlibat dalam program Program World Quran
Hour 2023 di Lobi Wisma Berita)

Media Baharu