fb fb fb fb fb

Sungai Langat bebas kesan minyak, bau luar biasa - LUAS

(FOTO FB LUAS)

SHAH ALAM, 17 Julai - Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) mengesahkan tiada insiden pembuangan sisa minyak hitam di Sungai Langat sebagaimana laporan diterima petang semalam.

LUAS berkata, sebaik menerima maklumat berhubung insiden itu, pihaknya segera menjalankan siasatan dengan kerjasama Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor).

Berdasarkan siasatan jarak lokasi insiden itu ke muka sauk Loji Rawatan Air (LRA) Batu 11, Cheras adalah dua kilometer.

(FOTO FB LUAS)

"Siasatan LUAS ke lokasi pertama (500 meter) dari muka sauk mendapati tiada sebarang kesan minyak atau bau yang abnormal ditemukan.

"LUAS meneruskan siasatan sehingga ke hulu Sungai Langat, bagaimanapun tiada kesan minyak dan bau abnormal dikesan.

"Siasatan bersama Air Selangor ke LRA Batu 11, Cheras juga mendapati tiada bau abnormal dikesan di muka sauk berkenaan. Insiden berkenaan tidak memberi kesan signifikan kepada operasi LRA," katanya menerusi kenyataan di Facebook rasmi LUAS.

Bagaimanapun, pemantauan 24 jam tanpa henti terus dilakukan LUAS bagi memastikan kelangsungan sumber air Selangor terjamin dan terpelihara.

Media Baharu