fb fb fb fb fb

Sumbangan RM2,000 kepada waris mangsa kemalangan Genting Highland

BUKIT MERTAJAM, 11 Februari- Sebanyak RM2,000 disumbangkan kepada lapan waris mangsa yang terkorban dalam nahas melibatkan van persiaran di Genting Highland, Pahang, Rabu lalu.

Ia diberikan sebagai tanda simpati dan prihatin kerajaan negeri terhadap keluarga mangsa yang terlibat.

Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow berkata wakil rakyat dari kawasan terlibat turut akan membantu keluarga mangsa termasuk menguruskan tuntutan insuran.

"Kita ingin laporan kemalangan itu dikeluarkan supaya waris-waris dapat maklum tentang sebab berlaku kemalangan berkenaan yang mengorbankan lapan nyawa dan beberapa yang cedera masih menerima rawatan," katanya di sini.

Chow Kon Yeow sempat menziarah 4 rumah mangsa sekitar Bukit Mertajam tengah hari tadi.

Dalam kemalangan itu, lapan mangsa dilaporkan maut, manakala tujuh lagi masih dirawat di hospital.

(Chow Kon Yeow)

Media Baharu