fb fb fb fb fb

MSN dan media platform perkenal pelbagai jenis sukan

KANGAR, 11 Februari- Majlis Sukan Negeri (MSN) Perlis menjadikan Persatuan Media Perlis (PWP) sebagai platform dalam mengetengahkan pelbagai jenis sukan.

Ia juga sebagai langkah bagi menarik minat dan mencungkil bakat muda untuk menyertai pelbagai jenis sukan fizikal mewakili negeri itu dalam temasya sukan.

Selain program turun padang, MSN turut bekerjasama dengan pengamal media di Perlis bagi membolehkan pelbagai jenis sukan dapat diketengahkan melalui platfom media.

Pengarah MSN Perlis Anuar Abidin berkata, melalui sukan yang dianjurkan antara pihaknya dan media ia memberi ruang memperkenal sesuatu sukan itu.

"Bila kita memainkan sukan ini bersama, kita juga akan merasai kepenatan dan kesusahan bagi memainkan sesuatu jenis sukan itu. Jadi, pengalaman itu boleh dikongsi dengan cara penceritaan.

"Setiap sukan mempunyai tahap kesukaran tersndiri. Jadi kita berharap program hari ini boleh jadikan satu peluang kepada semua untuk merasai sukan yang ada di Perlis dan terutamanya di Malaysia," kepada pemberita selepas Program Karnival Sukan MSN dengan MEDIA.

Tambah beliau, selepas COVID-19 sukan di Perlis lebih tertumpu kepada e-sukan.

Bagaimanapun pihaknya sentiasa menggalakkan aktiviti sukan secara fizikal supaya setiap sukan mempunyai penerusnya.

(Anuar Abidin)

Media Baharu