fb fb fb fb fb

Sultan Selangor berkenan memberi sumbangan kepada 470 asnaf

SELANGOR, 30 Mac- Sebanyak RM235,000 sumbangan hari raya Aidilftiri diberikan kepada 470 asnaf sekitar Petaling. Penerima terdiri daripada 116 orang fakir, 263 orang miskin dan 91 mualaf dengan masing-masing menerima sebanyak RM500.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah AlHaj berkenan menyampaikan sumbangan itu ketika majlis berbuka puasa bersama rakyat di Masjid Al-Istiqamah di Shah Alam dan berkenan merasmikan masjid tersebut yang berada di Kayangan Height, Seksyen U9 Shah Alam, selepas dinaik taraf sehingga mampu memuatkan seribu jemaah pada satu masa.


(Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah AlHaj berkenan merasmikan
Masjid Al-Istiqamah di Shah Alam)


Keberangkatan tiba Sultan Selangor diiringi Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin dan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah.

Selain solat sunat terawih, Sultan Sharafuddin turut berkenan menerima pembayaran zakat perniagaan daripada empat syarikat melibatkan jumlah RM11.16 juta.

Dalam majlis sama, Baginda berkenan menerima pembayaran zakat perniagaan bagi tahun 2022 daripada empat syarikat iaitu Central Sugar Refinery Sdn Bhd sebanyak RM3 juta, Pintas Utama Sdn Bhd RM1.5juta, Bank Islam Malaysia Berhad RM1.49juta dan Permodalan Negeri Selangor Berhad RM1.09juta dengan kutipan keseluruhan sebanyak RM7.08juta.

Majlis itu turut dihadiri Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari; Mufti Selangor, Datuk Setia Prof Madya Dr Anhar Opir dan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad.



Media Baharu