fb fb fb fb fb

Kelulusan permit bunga api dua minggu sebelum Aidilfitri

(Datuk Muhamad Zaki Harun berkata permit itu bagaimanapun mungkin diluluskan
dua minggu sebelum 1 Syawal)

TUMPAT, 30 Mac- Polis Kelantan sudah menerima permohonan daripada peniaga untuk menjual mercun dan bunga api di negeri itu menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri pada bulan hadapan.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata permit itu bagaimanapun mungkin diluluskan dua minggu sebelum 1 Syawal.

Sehubungan itu, semua ketua polis daerah di Kelantan telah bersedia untuk proses permohonan permit jualan mercun dan bunga api.

Pihaknya akan melihat pelbagai aspek terutamanya kriteria pemohon dan kuantiti jualan mercun sebelum memberi kelulusan kepada peniaga.

"Tidak ada had semua orang berhak untuk memohon. Kita tidak ada had tapi mana-mana yang layak kita benarkan dan mengikut apa yang dipohon kadang-kadang permohonannya tempat yang tidak sesuai. Pemohon yang menpunyai lesen peniagaan tempat yang sesuai jumlah yang bersesuaian kita akan uruskan," kata Muhamad Zaki kepada pemberita selepas Program Penyampaian Bubur Lambuk di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu, di Pengkalan Chepa di sini.

Datuk Muhamad Zaki memberitahu, pihaknya menjangkakan permohonan permit penjualan mercun dan bunga api meningkat tahun ini berikutan negara kini tidak lagi dalam kekangan pandemik COVID-19.

Dalam perkembangan lain beliau berkata, pihaknya sentiasa meningkatkan kawalan di kawasan sempadan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.

(Datuk Muhamad Zaki berkata kelulusan permit bunga api dua minggu sebelum Aidilfitri)

Media Baharu