fb fb fb fb fb

Sultan Sallehuddin berkenan berangkat ke Istiadat Perbarisan Kehormatan

Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah berkenan berangkat ke Istiadat Perbarisan Kehormatan di Dataran Medan Bandar, Alor Setar

ALOR SETAR, 29 Jun - Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah berkenan berangkat ke Istiadat Perbarisan Kehormatan di Dataran Medan Bandar, di sini.

Istiadat diadakan bersempena ulang tahun Hari Keputeraan baginda ke-82, esok.
 
Ketibaan baginda yang diiringi Sultanah Kedah, Sultanah Maliha Tengku Ariff disambut dengan tembakan kehormatan 21 das meriam.

Sultan Sallehuddin turut berkenaan menerima tabik hormat dan memeriksa Kawalan Kehormat Utama terdiri daripada 3 pegawai dan 103 anggota lain-lain pangkat dari Batalion Keenam Rejimen Askar Melayu Diraja bersama Panji-Panji, diketuai Mejar Muhammad Ismail

Mengiringi kawalan kehormatan, pancaragam dari Pusat Rejimen Askar Melayu Diraja di bawah pimpinan Kapten Muhamad Fauzee Japar.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN