fb fb fb fb fb

Sultan Nazrin, Permaisuri Zara cemar duli lawat Bazar Ramadan Arena Square Kuala Kangsar

Foto Bernama

KUALA KANGSAR, 23 Mac - Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim berkenan mencemar duli melawat Bazar Ramadan Arena Square Kuala Kangsar, di sini.

Pasangan diraja itu tiba di arena tersebut pada pukul 5.00 petang dan sempat meluangkan masa kira-kira 30 minit melawat beberapa gerai yang beroperasi di pasar tersebut.

Sultan Nazrin dan Tuanku Zara juga berkenan beramah mesra dengan peniaga dan pengunjung yang berada di pasar berkenaan.

Pada masa sama, pengunjung tidak melepaskan peluang mengambil gambar bersama baginda berdua sebagai kenang-kenangan.

Malam ini, Sultan Nazrin akan berangkat ke Majlis Berbuka Puasa bersama petugas media, badan bukan kerajaan (NGO), syarikat dan wakil pertubuhan belia di Istana Iskandariah Kuala Kangsar.

TETITIA YUSOFF