fb fb fb fb fb

CUEPACS optimis kerajaan beri pertimbangan bantuan kewangan khas Aidilfitri

Datuk Dr Adnan Mat

KUCHING, 23 Mac- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) yakin kerajaan akan memberi pertimbangan sewajarnya berhubung pemberian Bantuan Kewangan Khas kepada penjawat awam sempena Aidilfitri akan datang.

Presidennya Datuk Dr Adnan Mat optimis kerajaan persekutuan akan mengekalkan tradisi pembayaran Bantuan Khas Aidilfitri sebagai tanda penghargaan selain membantu penjawat awam dan pesara membuat persiapan Aidilfitri.

"Kerajaan tidak pernah gagal mengumumkan Bantuan Kewangan Khas bersempena Aidilfitri sejak 10 tahun lalu.

"Namun surat permohonan untuk bantuan tersebut belum mendapat maklum balas daripada pihak Kerajaan," katanya kepada pemberita selepas program Ihya Ramadan Bubur Pedas CUEPACS Sarawak di sini.

Adnan Mat berkata beberapa negeri seperti Selangor, Pulau Pinang, Perak dan Johor serta Sarawak telah mengumumkan bantuan kewangan khas perayaan.

Tambahnya kakitangan awam Persekutuan tidak menerima bonus tahun ini seperti yang diterima kakitangan awam negeri, sebaliknya diberi Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam sebanyak RM2,000.

Justeru CUEPACS berharap Bantuan Kewangan Khas Aidilfitri sekurang-kurangnya setengah bulan gaji dapat dipertimbangkan.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI