fb fb fb fb fb

Raja Muda Selangor sampai sumbangan raya

Baginda berkesempatan bergambar dengan anak-anak yatim yang hadir serta penduduk setempat

SERENDAH, 23 Mac - Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menyampaikan sumbangan tunai Aidilfitri kepada 487 anak yatim di daerah Hulu Selangor.

Hadir sama Exco Agama Islam, Dr Fahmi Ngah dan Pengerusi Yayasan Darul Ehsan (YIDE) Tan Sri Mazlan Mansor.

Majlis penyerahan sumbangan yang dikelolakan Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) itu diadakan di Masjid Nurul Iman Serendah.

Pada majlis itu, Baginda turut mengambil kesempatan untuk beramah mesra dengan anak-anak yatim yang hadir serta penduduk setempat.

Baginda juga turut berkenan menyerahkan watikah lantikan kepada tiga orang Ketua Sahabat Prihatin YIDE (K-SPY) dari daerah Hulu Selangor.

Baginda kemudiannya  berkenan mendengar tazkirah khas Ramadan yang disampaikan Ustaz Hafiz Haneefa seterusnya menunaikan solat zohor berjemaah.

TETITIA YUSOFF