fb fb fb fb fb

Sultan Johor perkenan bubar DUN


JOHOR BAHRU, 22 Januari
- Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menandatangani watikah pembubaran Dewan Undangan Negeri Johor untuk memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum, (PRU DUN).

Baginda berkenan menerima menghadap Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad kira-kira lima petang tadi di Istana Bukit Serene, Johor Bahru.

Berangkat sama, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Pada pertemuan bersama baginda, Hasni turut diiringi Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Datuk Azmi Rohani; kemudian mempersembahkan watikah pembubaran Dewan Negeri Johor.

Fasal 23 Bahagian Kedua Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895 menetapkan bahawa Dewan Negeri Johor termansuh pada 22 Januari 2022, iaitu hari ini.

Media Baharu