KUALA LUMPUR, 31 Mei - Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, telah dibenarkan keluar dari Institut Jantung Negara (IJN) selepas menerima rawatan selama lima hari, akibat keletihan.
Perkara itu dimaklumkan Jabatan Penerangan Brunei Darussalam menerusi hantaran di Facebook.
Keadaan kesihatan baginda dilaporkan dalam keadaan baik.
Namun pakar perubatan menasihati Baginda untuk terus berehat selama beberapa hari lagi di Malaysia sebelum berangkat pulang ke Brunei.
Sultan Hassanal, 78 tahun, berada di Kuala Lumpur untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 bersama pemimpin-pemimpin ASEAN lain.