fb fb fb fb fb

 SUK Negeri Melaka meninggal dunia

FOTO MELAKAFM

MELAKA, 19 April- Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Melaka, Datuk Zaidi Johari meninggal dunia pagi tadi.
 
Kerajaan Negeri Melaka dalam satu kenyataan memaklumkan, allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Hospital Melaka akibat serangan jantung.
 
Jenazah dibawa ke Masjid Al-Azim, Bukit Palah untuk solat jenazah sebelum dibawa ke kampung halamannya di Tebong, Alor Gajah untuk penghormatan terakhir.
 
Jenazah dijangka dikebumikan selepas solat Jumaat di Tanah Perkuburan Islam Tebong.
 
Sementara itu, Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh turut mengucapkan takziah kepada keluarga allahyarham.
 
Beliau menyifatkan pemergian Allahyarham dalam waktu yang singkat merupakan satu kehilangan besar kepada seluruh warga perkhidmatan awam khususnya di Melaka.
 
Allahyarham Datuk Zaidi mula berkhidmat sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri bermula 5 Januari 2022.
 

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE