fb fb fb fb fb

Suhaimi komited perkukuh peranan RTM

KUALA LUMPUR, 20 Januari- Ketua Pengarah Penyiaran, Suhaimi Sulaiman komited memperkukuh peranan RTM sebagai jurucakap rasmi kepada kerajaan selain memberi tempoh sekurang-kurangnya setahun untuk merealisasikan idea-idea baharu.

"Nanti kita akan bincang dengan pengurusan tertinggi kerana dengan ada sumber kekuatan itu RTM boleh jadi jenama nombor 1 dalam berita dan terkini, hiburan, sukan dan sebagainya.

"Jadi semua itu sudah disediakan, nanti kita akan tentukan. Bukan sahaja boleh dicapai tak sampai setahun pun, saya rasa kita boleh capai dalam masa 6 bulan dan saya pasti benda tu boleh dijalankan dan saya rasa semua pelan sudah siap," katanya kepada pemberita di sini.

Terdahulu beliau hadir bagi menjalankan tugas hari pertama sebelum mengimbas pas masuk dan menandatangani buku perkhidmatan di Wisma TV, Angkasapuri Kota Media.

RTM dianggap sinonim di hati beliau kerana membesar dan sentiasa terlibat dengan program-program di RTM.

Justeru pelantikan beliau ke jawatan tersebut disifatkan bukan sahaja sebagai satu penghormatan tertinggi kepada dirinya, bahkan peluang terbaik memanfaatkan idea serta pengalaman beliau dalam dunia penyiaran.

(Suhaimi Sulaiman)

Media Baharu