fb fb fb fb fb

Lebih 30,000 tan metrik sisa pepejal dihantar ke tapak pelupusan sampah

KELANTAN, 20 Januari- Lebih 30,000 tan metrik sisa pepejal yang dibuang oleh lebih 100,000 penduduk di Gua Musang, Kelantan berjaya dihantar ke tapak pelupusan sampah setiap tahun.

Secara purata dianggarkan 100 tan sampah dihasilkan setiap hari atau 2,800 tan sebulan.

Setiausaha Majlis Daerah Gua Musang (MDGM) Ahmad Hamdan Ubaidah berkata, proses kutipan sampah itu melibatkan operasi di kawasan Bertam, Galas dan Lojing.

"Gua Musang merupakan jajahan yang paling besar di Kelantan. Kutipan sehari dalam 100 tan sehari dalam sebulan sebanyak 2,800 tan. Makanan setahun 33,600 tan. Kawasan operasi kita lebih kurang dalam 11, 000 ekarlah," katanya selepas Program Gotong Royong Kelantanku Bersih peringkat jajahan Gua Musang di Taman Rimba Gua Musang.

(Ahmad Hamdan Ubaidah)

Media Baharu