fb fb fb fb fb

Subsidi haji dimuktamad selepas kuota jemaah diumum

KLANG, 10 April - Jumlah kemudahan subsidi bagi menunaikan ibadah haji musim ini hanya akan ditetapkan selepas kuota jemaah diumumkan oleh kerajaan Arab Saudi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad berkata, perkara itu akan dibincang dengan Lembaga Tabung Haji (TH).

(Datuk Idris Ahmad menyampaikan ucapan perasmianm pada Majlis Sumbangan Infaq Kasih Ramadan Kawasan Kapar di Kampung Rantau Panjang/BERNAMA)

"Apabila dapat bilangan kuota sebenar, insya-Allah kita akan duduk berbincang untuk muktamadkan jumlah subsidi yang kita diberikan," katanya selepas merasmikan Majlis Sumbangan Infaq Kasih Ramadan di sini.

Khamis lalu , TH menjangkakan peningkatan 12% kos menunaikan haji tahun ini berbanding RM22,900 pada 2019.

Peningkatan itu mengambil kira kenaikan cukai tambah nilai (VAT) daripada lima peratus kepada 15% dan beberapa caj perkhidmatan tambahan lain.

TH telah mengekalkan kadar bayaran mengerjakan haji sebanyak RM9,980 sejak 13 tahun lepas walaupun kos sebenar meningkat setiap tahun.

Media Baharu