fb fb fb fb fb

Subsidi bersasar, langkah bijak kerajaan - Penganalisis

(FOTO HIASAN)

GEORGE TOWN, 19 Oktober - Belanjawan 2024 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim 13 Oktober lalu dilihat mengimbangi tanggungjawab fiskal dan kelestarian ekonomi.

Ia juga merupakan strategi untuk menstruktur semula ekonomi dalam mendepani pelbagai cabaran.

Pengarah Pusat Penyelidikan Dasar, Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Madya Dr. Azeem Fazwan Ahmad Farouk berpandangan subsidi bersasar yang bakal dilaksanakan merupakan langkah bijak kerajaan dalam mengurangkan defisit fisikal kepada tahap yang lebih baik dan meningkatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

(Pengarah Pusat Penyelidikan Dasar, Universiti Sains Malaysia (USM),
Profesor Madya Dr. Azeem Fazwan Ahmad Farouk)

"Untuk subsidi bersasar sudah tentu golongan berpendapatan tinggi tidak seharusnya menerima subsidi pukal. Ini sebenarnya merugikan negara dan menguntungkan golongan berpendapatan tinggi, jadi saya rasa ini merupakan satu strategi yang bijak kerana subsidi seharusnya diberikan kepada golongan memerlukan dan bukannya diberikan secara pukal," katanya kepada RTM di Pusat Penyelidikan Dasar, USM di Gelugor, di sini.

Tambah Dr. Azeem, subsidi bersasar bersifat adil kerana hanya menumpukan kepada golongan lebih berhak menerima dan bukan lagi kepada golongan berpendapatan tinggi yang sememangnya berkemampuan.

Tumpuan juga wajar diberi kepada peningkatan pendapatan negara bagi memastikan kerajaan berupaya menampung dan menguruskan keperluan rakyat.

Media Baharu