fb fb fb fb fb

Badan kehakiman bebas adalah 'sine qua non' untuk tegak kedaulatan undang-undang - PM

KUALA LUMPUR, 19 Oktober- Kerajaan Perpaduan akan terus mempertahankan kebebasan badan kehakiman negara, sekali gus menolak dakwaan bahawa kerajaan turut campur tangan dalam soal perundangan negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan sebuah badan kehakiman yang bebas dan tidak berat sebelah serta berwibawa adalah 'sine qua non' atau ;diperlukan' dalam menegakkan kedaulatan undang-undang.

"Tidak ada sedikitpun kebenaran dalam dakwaan kejian yang sering diulang-ulang di media sosial. Izinkan saya mengulangi apa yang telah saya katakan sebelum ini.

"...Sebagai perdana menteri, saya bukan sahaja tidak masuk campur, sedikitpun (tidak) dalam urusan badan kehakiman, tetapi saya akan mempertahankan kebebasan badan kehakiman dalam apa juga cara sekalipun," katanya.

Beliau bercakap demikian menerusi ucaptama pada Perhimpunan Agung Persatuan Undang-undang ASEAN (ALA) ke-14 2023 di ibu negara hari ini.

Media Baharu