fb fb fb fb fb

Suami isteri terkandas di Mekah rakam penghargaan kepada kerajaan

Foto BERNAMA

SEPANG, 3 Jun- Pasangan suami isteri yang terkandas di Mekah merakamkan penghargaan kepada kerajaan kerana membawa mereka pulang ke tanah air.

Menurut anak mangsa, Ena Awil, beliau menzahirkan rasa syukur atas keprihatinan kerajaan terhadap nasib yang menimpa kedua ibu bapanya.

"Saya sangat terima kasih kepada pihak kerajaan, pihak konsulat, semua pihak yang prihatin berkenaan kes ini.

"Walaupun cuma mak ayah saya berdua sahaja, tapi mereka sangat memberi perhatian.

"Sebab itu, 'my dad' kata terima kasih Perdana Menteri kita..terima kasih sangat," katanya kepada pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 2 di sini.

Tambah beliau, pihak konsulat sangat membantu, selain berurusan dengan agensi pelancongan terbabit untuk memulangkan pasport dan menampung kos penerbangan pulang ke tanah air.

Terdahulu, pasangan suami isteri tersebut terkandas di Mekah selepas agensi pelancongannya menggunakan visa pelancong, enggan bekerjasama mengembalikan pasport untuk mereka pulang ke Malaysia.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM