fb fb fb fb fb

Stesen PETRONAS terpilih dijadikan Pusat Pengumpulan Minyak Masak Terpakai

(Fadillah ketika berucap merasmikan Majlis Pelancaran Program Pengumpulan Mintak
Masak Terpakai di  Stesen PETRONAS Putrajaya 1, Presint 9)

PUTRAJAYA, 18 Julai- Kerajaan terus komited membangunkan industri  sawit negara dengan menambah baik kehidupan pengusaha dan pekebun kecil serta rakyat Malaysia.

Menurut Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perusahaan Perladangan dan Komodoti, Datuk Seri Fadillah Yusof usaha itu termasuk melalui pengumpulan minyak masak terpakai sebagai sumber pendapatan tambahan isi rumah.  

"Untuk makluman semua, pengumpulan minyak masak terpakai ini bukan sahaja semata-mata bagi menguruskan sisa ini dengan baik tetapi juga bagi mengembangkan potensi pemprosesan semula minyak masak terpakai kepada biobahan api penerbangan.

"Program pengumpulan minyak masak terpakai ini juga menjadi langkah proaktif PETRONAS sebagai persediaan untuk mengkomersialkan biobahan api penerbangan yang lestari (SAF) bagi memenuhi tuntutan Skim Pengimbangan dan Pengurangan Karbon bagi Penerbangan Antarabangsa (CORSIA)," kata Fadillah ketika berucap merasmikan Majlis Pelancaran Program Pengumpulan Mintak Masak Terpakai di  Stesen PETRONAS Putrajaya 1, Presint 9 di sini.

Jelasnya lagi, pihak PETRONAS akan menjadikan beberapa stesen minyak terpilih sebagai Pusat Pengumpulan Minyak Masak Terpakai bagi memudahkan orang ramai menghantar dan menjual minyak masak terpakai.  

Sebagai permulaan, inisiatif itu dimulakan di Stesen PETRONAS 1, Presint 9, Putrajaya; Stesen PETRONAS Subang Bestari dan Stesen PETRONAS Kota Kemuning 1, Shah Alam. 

Pusat pengumpulan itu seterusnya akan diperluas stesen-stesen terpilih di seluruh negara.

(Datuk Seri Fadillah Yusof usaha itu termasuk melalui pengumpulan minyak masak terpakai
sebagai sumber pendapatan tambahan isi rumah) 
 

Media Baharu