fb fb fb fb fb

Sanusi didakwa Akta Hasutan kerana sentuh kedudukan Raja-Raja -PM

(FOTO BERNAMA)

KUALA SELANGOR, 18 Julai -Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahan penggunaan Akta Hasutan 1948 bagi mendakwa Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Noor.

Menurut Perdana Menteri, ia susulan kenyataan Menteri Besar Kedah itu yang menyentuh kedudukan dan martabat institusi diraja.

Beliau sekali gus menafikan dakwaan mengatakan pertuduhan berkenaan adalah cubaan melumpuhkan PAS dan Perikatan Nasional dalam Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri ke-15.

"Saya dari segi dasarnya, kita elak menggunakan Akta Hasutan.Tetapi ini bila menyentuh kedudukan Raja-Raja.

”Soal kritik Perdana Menteri, saya tak pernah gunakan itu sebagai satu alasan tapi ini soal kedudukan dan martabat raja-raja yang harus kita sanjung dan elak daripada menjadi satu wacana perbahasan politik yang tidak sihat”, katanya kepada media selepas Program Sentuhan Agro Madani peringkat negeri Selangor.

Beliau mengulas penggunaan Akta Hasutan 1948 dalam pertuduhan terhadap Sanusi di Mahkamah Sesyen Selayang pagi tadi.

Artikel berkaitan
MB Kedah didakwa berkaitan hasutan penubuhan Kerajaan Perpaduan

(FOTO BERNAMA)

Media Baharu