fb fb fb fb fb

Status kuota pekerja asing, tunggu keputusan kabinet

PETALING JAYA, 1 Jun- Status permohonan dan kelulusan kuota pekerja asing yang ditangguhkan sejak pertengahan Mac lalu masih belum diputuskan.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Mustapha Sakmud berkata kementeriannya perlu mendapatkan keputusan daripada kabinet sebelum sebarang pengumuman dibuat.

"Berhubung perkara ini, kita bergantung kepada keputusan kabinet sama ada mahu meneruskan atau membuat penangguhan.

Kementerian tidak boleh berbuat apa-apa selagi kabinet tidak memberi keputusan," kata Mustapha kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Program Saringan Kesihatan PERKESO 3.0.

Beliau mengulas kenyataan Persatuan Pengusaha Restoran India Malaysia (Primas) mengenai kekurangan 30 peratus tenaga kerja ekoran pembekuan pengambilan tenaga kerja asing.

Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar sebelum ini mengumumkan penangguhan permohonan dan kelulusan kuota pekerja asing ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.


(Timbalan Menteri Sumber Manusia, Mustapha Sakmud)

Media Baharu