fb fb fb fb fb

Dua remaja ditemukan lemas di Sungai Pahang

(Dua remaja lelaki berusia 13 ditemukan lemas di Sungai Pahang dekat Kampung Batu Embun, Jerantut / Foto JBPM)

JERANTUT, 1 Jun - Dua remaja lelaki ditemukan lemas di Sungai Pahang di Kampung Batu Embun, Jerantut petang tadi. 

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria memaklumkan mangsa ialah Mohd Safwan Zamri dan Mohd Hanafi Romzi, masing-masing berusia 13 tahun.

"Kedua-dua mangsa ditemukan orang awam sebelum pasukan bomba tiba di lokasi kejadian dan diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam kenyataan hari ini. 

Zulfadli berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian pada 3.07 petang.

Seorang pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jerantut bersama sebuah jentera dikerahkan ke tempat kejadian.

Jentera bomba mengambil masa 20 minit untuk tiba ke lokasi kerana balai bomba terdekat terletak 20 kilometer dari kampung berkenaan. 

Tambah Zulfadli, kedua-dua mangsa kemudiannya telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.


(Mangsa dijumpai oleh orang awam sebelum pihak bomba tiba di tempat kejadian/ Foto JBPM)

Media Baharu