fb fb fb fb fb

Standard kebangsaan tukar bateri EV dibangunkan

Liew Chin Tong

KUALA LUMPUR, 31 Oktober- Satu standard kebangsaan sedang dibangunkan untuk kaedah pertukaran bateri (battery swapping) bagi kenderaan elektrik (EV) di Malaysia.

Perkara itu meliputi aspek keselamatan dan fungsi, alam sekitar serta pengoperasian teknologi pertukaran bateri.

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Liew Chin Tong berkata, tujuannya memastikan teknologi yang dibangunkan dan digunapakai selamat, seragam dan berkualiti serta mesra alam.

Selain itu ia menyokong pembangunan industri motosikal elektrik dalam negara.

"Kerajaan sentiasa meneroka peluang untuk menjalin kerjasama strategik melibatkan penglibatan pemain-pemain industri kenderaan elektrik (EV) dari mana-mana negara dan aspek berkaitan battery-swapping turut tidak dikecualikan.

"Sebagai makluman, Oyika telah pun memasuki pasaran Malaysia secara rasmi melalui RydEV, yang merupakan salah satu entiti bawah Yinson Greentech," katanya ketika menjawab soalan ahli Parlimen Petaling Jaya Lee Chean Chung di Dewan Rakyat berkenaan perancangan jangka sederhana untuk pembangunan teknologi penukaran bateri motosikal elektrik di Malaysia.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI