fb fb fb fb fb

Sektor swasta tidak wajib sedia pusat jagaan kanak-kanak

V. Sivakumar

KUALA LUMPUR, 31 Oktober- Sektor swasta tidak diwajibkan untuk mewujudkan pusat jagaan kanak-kanak bagi menarik lebih ramai golongan wanita untuk bekerja terutamanya mereka yang mempunyai komitmen keluarga kata Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar.

Namun, kementerian itu sentiasa menggalakkan langkah tersebut boleh dilakukan agar dapat membantu mengurangkan beban ibu bapa yang bekerja.

"Bagaimanapun melalui TalentCorp beberapa usaha telah diambil bagi menggalakkan pihak majikan terutama dari industri untuk mewujudkan pusat-pusat jagaan kanak-kanak

"Inisiatif ini memang mendapat sambutan yang baik daripada pihak industri dan usaha-usaha akan terus dilaksanakan bagi memastikan lebih ramai majikan sektor swasta mewujdukan pusat jagaan kanak-kanak dan orang-orang tua," katanya ketika menjawab soalan tambahan daripada ahli Parlimen Setiu Shaharizukarnain Abd Kadir berkenaan kerisauan golongan wanita muda untuk meninggalkan anak mereka di pusat asuhan.

Dalam pada itu berkenaan Program Kembali Dalam Bekerjaya (Career Comeback Programme) seramai 3,255 wanita telah mengikuti bengkel dan seminar bagi menggalakkan wanita profesional kembali bekerjaya selian meningkatkan kemahiran dan kebolehpasaran golongan itu.

Berdasarkan statistik PERKESO, dari tempoh Januari hingga 26 Oktober sebanyak 39 program khusus untuk golongan wanita telah dilaksanakan melibatkan jumlah peserta seramai 1,325 golongan berkenaan.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI