fb fb fb fb fb

Stadium Merdeka dipilih sebagai gelanggang Piala Sultan Selangor

Pengerusi Jawatankuasa TSSC, Tan Sri Abd Karim Munisar

KUALA LUMPUR, 3 Februari- Stadium Merdeka bakal menggamit semula memori arena bola sepak Selangor apabila dijadualkan menjadi stadium pilihan bagi Piala Sultan Selangor edisi ke-20, Ogos depan.

Pengerusi Jawatankuasa TSSC, Tan Sri Abd Karim Munisar berkata ketika ini segala gerak kerja sedang dipantau pihak Permodalan Nasional Berhad (PNB) bagi melancarkan urus tadbir stadium.

"KIta jangkakan pada bulan April atau Mei, kita akan maklum kalau sudah siap. Kita nak samakan dengan stadium, kemudian nombor kerusi tiada label, susunan melalui kuadran."

Kita akan beri 1,500 tiket kepada Singapura kerana stadium ini boleh memuatkan kira-kira 20,000 penonton. Maka kita bagi semua peluang untuk tonton bersama," kepada Abd Karim kepada pemberita pada Jumaat.

Kejohanan yang bakal berlangsung pada 17 Ogos nanti akan melibatkan pasukan pilihan Selangor dan pilihan Singapura bagi merebut piala berprestij Piala Sultan Selangor serta wang tunai RM80,000.

Tidak ketinggalan, perlawanan antara veteran kedua-dua pasukan sebagai aksi pembuka tirai.

Kali terakhir TSSC diadakan pada 2019 dengan Selangor menewaskan Singapura 1-0.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM