fb fb fb fb fb

SPRM tahan 275 orang belia terlibat rasuah dalam tempoh dua tahun

(Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Norazlan Mohd Ghazali berucap pada majlis penutup Konvensyen Mahasiswa Antirasuah (KoMawAr) di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya)

KUALA LUMPUR, 4 Jun - Sejumlah 275 golongan belia berumur 30 tahun ke bawah terlibat dalam jenayah rasuah ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sepanjang tempoh dua tahun bermula tahun 2020 sehingga hari ini.

Ia melibatkan seramai 231 orang lelaki dan 44 orang wanita atas kesalahan memberi dan menerima rasuah ketika negara masih dalam tempoh pandemik COVID-19.

Menurut Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Norazlan Mohd Ghazali, dalam tempoh tersebut seramai 160 orang telah dituduh di mahkamah, manakala 76 orang lagi sudah selesai perbicaraan dan didapati bersalah.


(Foto hiasan)

"Ada di antaranya masih pelajar dan apabila (umur) 24 ke 30 tahun tu mereka telah bekerja, itu yang kita agak khuatir, maknanya belia-belia kita ini sudah pun habis belajar, apabila memasuki alam pekerjaan maka elemen godaan rasuah wujud dan ada di antara (nya) tak dapat menolak godaan itu, mereka telah terlibat dan sebahagian dari data yang ditangkap itu, ada di antara mereka itu bekerja di jabatan-jabatan kerajaan," kata beliau selepas majlis penutup Konvensyen Mahasiswa Antirasuah (KoMawAr) di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya, di sini.

Tambah Norazlan, data yang dibentangkan itu wajar dijadikan peringatan bahawa ada di antara belia yang ditahan adalah bekas penuntut IPT.

Segala pendedahan dan pengetahuan mengenai rasuah diharap dapat dijadikan ingatan kepada graduan sebagai benteng daripada terperangkap dengan godaan dan gejala rasuah.

Media Baharu