fb fb fb fb fb

Jemaah umrah meninggal di KLIA akibat komplikasi darah tinggi

SEPANG, 4 Jun - Kematian seorang jemaah wanita yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, semalam tiada kesan yang mencurigakan, kata Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner Imran Abdul Rahman.

Sebaliknya, Imran berkata kematian jemaah umrah itu yang baru pulang menunaikan ibadah umrah adalah disebabkan komplikasi darah tinggi.

Menurut beliau, pihaknya dimaklumkan kejadian itu pada jam 1.10 tengah hari.

"Kejadian berlaku di laluan Gate 12 KLIA untuk pesawat MH8021.

"Pemeriksaan fizikal tiada kesan yang mencurigakan dan berdasarkan maklumat, mangsa berusia 53 tahun ada menghidap penyakit darah tinggi," katanya.

(Kru kapal dan pasukan perubatan membantu jemaah wanita yang rebah dan pengsan sebaik keluar daripada pintu pesawat/FOTO ihsan pembaca)

Katanya, jenazah mangsa telah dibawa ke Hospital Serdang dengan diiring pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) KLIA untuk tindakan lanjut.

Terdahulu media melaporkan mangsa difahamkan telah rebah dan pengsan baik keluar daripada pintu pesawat.

Menurut mutawif, jenazah telah selamat diuruskan dengan kerjasama baik dari kru Malaysia Airlines (MAS), kakitangan dan polis KLIA.

Media Baharu