fb fb fb fb fb

SPRM: Kepimpinan Tan Sri Azam Baki disokong


KUALA LUMPUR, 9 Januari-
Warga kerja Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menyatakan pendirian menyokong kepimpinan Ketua Pesuruhjaya, Tan Sri Azam Baki.

Dalam satu kenyataan, warga SPRM berpendirian bahawa tohmahan dan serangan yang dibuat adalah bermotifkan politik dendam bagi menjatuhkan imej dan kredibiliti SPRM.

Perkara itu dinyatakan dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi), Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan), Datuk Seri Norazlan Mohd Razali dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme), Datuk Junipah Wandi.

Dalam kenyataan itu juga, SPRM menggesa agar semua pihak menghentikan kemelut ini dan membiarkan proses undang-undang berjalan secara adil, telus dan saksama.

Warga SPRM tetap bersatu hati dalam mempertahankan institusi Ketua Pesuruhjaya dan SPRM demi kelangsungan pencegahan rasuah dalam negara tercinta.

Media Baharu