fb fb fb fb fb

SPNB kaji kewajaran naikkan harga RMR, kesan kos barang binaan

Foto Fail

BANDARAYA MELAKA, 24 April- Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) mengkaji kewajaran untuk menaikkan harga Rumah Mesra Rakyat (RMR).

Ini berikutan desakan daripada beberapa syarikat kontraktor susulan kenaikan kos barang binaan.

Pengerusi SPNB, Profesor Datuk Dr. Mohd Azmi Mohd berkata buat masa ini harga RMR masih kekal pada RM75,000 seunit.

"Program RMR bukan sahaja kita nak bantu bakal pemilik rumah tetapi juga bantu usahawan-usahawan kecil bina rumah yang dapat projek daripada pihak SPNB. Jadi, mereka pun nak menampung kos perniagaan termasuk nak bayar gaji pekerja dan sebagainya.

Maka, ada desakan daripada pihak mereka untuk naikkan harga sebab mereka yg sebenarnya akan terkesan akibat daripada kenaikan bahan binaan. Kita tengah buat kajian untuk keperluan kita, dalam memastikan harga itu masih di tahap sama," kata Dr. Mohd Azmi kepada pemberita, hari ini.

Beliau turut memberi jaminan pemilihan kontraktor bagi pembinaan RMR di seluruh negara adalah yang berkualiti berdasarkan penarafan mereka.

Setakat ini, lebih 70,000 unit RMR telah dibina di seluruh negara.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM