fb fb fb fb fb

SPM di Kelantan diteruskan

PASIR MAS, 28 Februari- Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang dijangka bermula pada Rabu ini tetap diteruskan meskipun Kelantan sedang berdepan dengan musibah
banjir ketika ini.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, bagi memastikan peperiksaan itu berjalan lancar, pihaknya tidak menggunakan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) sebagai pusat pemindahan sementara (PPS) untuk menempatkan mangsa banjir setakat ini.

Katanya, keadaan itu memudahkan SMK yang tidak terjejas banjir dijadikan sebagai pusat peperiksaan SPM.

(Datuk Ahmad Yakob menyampaikan sumbangan makanan kepada penduduk terjejas banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Lati, Pasir Mas)

Walau bagaimanapun, kerajaan negeri akan membuat perbincangan dengan Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) untuk tindakan lanjut sekiranya berlaku kejadian kecemasan selepas ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat dan menyampaikan sumbangan makanan kepada penduduk terjejas banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Lati, Pasir Mas hari ini.


Media Baharu