fb fb fb fb fb

Banjir di Terengganu bertambah buruk 3,888 keluarga dipindahkan ke PPS

KUALA TERENGGANU, 28 Februari- Banjir di Terengganu bertambah buruk apabila berlaku pertambahan penduduk terjejas dengan merekodkan seramai 14,002 orang setakat jam 6 petang tadi.

Sebanyak 159 pusat pemindahan sementara, PPS diaktifkan melibatkan semua daerah dengan menempatkan 3,888 keluarga.

Laporan dikeluarkan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu, Kemaman masih merekodkan pertambahan penduduk dengan 4,420 orang berbanding 3,857 penduduk tengahari tadi.

Hulu Terengganu merekodkan 3,696 orang, Besut 1,622 orang, Dungun merekodkan seramai 1,999 orang.

Setiu pula menempatkan 1,291 penduduk, Kuala Terengganu 622 penduduk, Kuala Nerus 347 penduduk dan Marang kekal dengan lima penduduk di satu PPS.

Berdasarkan laman web rasmi Public Infobanjir Jabatan Pengairan dan Saliran, lima sungai utama mencatatkan bacaan melepasi paras bahaya dan menunjukkan trend menaik.

Sungai yang merekodkan paras bahaya masing masing dua di Sungai Terengganu serta Sungai Dungun dan satu di Sungai Kemaman.

Media Baharu