fb fb fb fb fb

SPM 2022 guna sistem gred pemarkahan sedia ada

(Fadhlina hadir dalam Majlis Penutupan Program Bahasa Melayu SJKC dan SJKT Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor)

KUALA LUMPUR, 20 Jun- Dakwaan Kementerian Pendidikan (KPM) menurunkan gred pemarkahan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 hanyalah satu spekulasi.

Tegas Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, KPM mempunyai standard dan merit dalam memberi pemarkahan dan sentiasa berlaku adil.

"Tidak betul dakwaan itu. Kita ada standard kita dan kita cukup menjaga standard itu dan perlu berlaku adil dalam konteks pemarkahan ini dibuat.

"Ia haruslah mengikut merit dan standard yang kita guna pakai selama ini," kata Fadhlina dalam sidang media Majlis Penutupan Program Bahasa Melayu SJKC dan SJKT Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor di sini.

Terdahulu, tular di media sosial berhubung analisis pemarkahan SPM yang mendapat perhatian serta menimbulkan keraguan orang ramai terhadap sistem pemarkahan SPM 2022.

(Fadhlina berkata dakwaan KPM menurunkan gred pemarkahan peperiksaan SPM 2022
hanyalah satu spekulasi)

Media Baharu