fb fb fb fb fb

SOP ulang alik harian ke Singapura sedang diperincikan

(Khairy mengadakan lawatan ke Klinik Kesihatan Bukit Gambir, Ledang)

LEDANG, 10 Mac - Prosedur Operasi Standard (SOP) khas perjalanan ulang alik harian ke Singapura bagi rakyat Malaysia yang bekerja di negara itu, sedang diperincikan.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata perkara itu dijangka dimuktamadkan minggu depan.

Beberapa aspek akan diteliti, termasuk perbincangan dengan pihak berkuasa negara berkenaan.

Perbincangan SOP ulang alik turut membabitkan negara jiran lain iaitu Thailand dan Brunei.

"Mulai 1 April tiada siapa pun yang akan dikuarantin cuma isunya adalah protokol ujian bagi mereka yang berulang-alik untuk pengembara biasa tiada masalah buat PCR sebelum dan selepas tiba buat RTK, tapi masalah atau sedikit rumit adalah mereka yang berulang alik.

"Jadi mereka ini dikategorikan sebagai yang berulang alik mungkin setiap hari atau dalam seminggu dua tiga kali disebabkan kerja, peniaga dan sebagainya. Jadi kalau kita minta mereka buat ujian ia tidak masuk akal katalah mereka kerja di Singapura takkan nak buat PCR setiap hari," katanya.

(Khairy bercakap kepada pemberita di Bukit Gambir)

Khairy menyatakan demikian ketika ditemui pemberita selepas mengadakan lawatan ke Klinik Kesihatan Bukit Gambir, di sini hari ini.

Dalam pada itu, menjelang kemuncak Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Negeri Johor, Khairy menasihati parti politik yang bertanding agar terus patuh kepada SOP pencegahan COVID-19 dalam berkemepan.

Jelasnya, ia bagi memastikan pengundi dapat keluar mengundi dalam keadaan selamat.

"Kita mahu pengundi keluar mengundi dan berasa selamat, hari ini dan esok saya minta tolong parti bertanding terutamanya jarak mengadakan walkabout, ceramah dan sebagainya," kata beliau.

Media Baharu