GOMBAK, 17 Januari -Pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi sambutan Thaipusam di Kuil Sri Subramaniar Swamy Batu Caves esok, diperketat mengikut seperti yang digariskan kerajaan.
Penganut hindu yang ingin membawa "Paal Koodam" perlu berdaftar dengan pihak pengurusan kuil dan perlu mendapatkan pas khas.
Tinjauan RTM seawal 8 pagi mendapati pengunjung berbilang bangsa juga tidak melepaskan peluang melihat sendiri suasana sambutan di sini dan masing-masing mematuhi SOP ditetapkan.
Selain pihak pengurusan kuil, anggota keselamatan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) turut terlibat dalam memantau pergerakan orang ramai di lokasi berkenaan.
Kementerian Kesihatan juga turut mendirikan sebuah Pusat Kesihatan Sementara di perkarangan kuil.