fb fb fb fb fb

SOP nikah kahwin di Johor kekal

JOHOR BAHRU, 31 Mac- Prosedur operasi standard, SOP bagi majlis nikah dan kahwin di Johor masih kekal , meskipun esok akan bermulanya peralihan fasa pandemik ke endemik.

Kadi Besar Johor, Khalid Sono berkata,pelaksanaan itu dikekalkan di 105 dewan melibatkan 91 masjid dan 14 surau terpilih di negeri itu.

Protokol kesihatan umum yang masih sama juga perlu dipatuhi, iaitu pengantin perlu membuat ujian kendiri dua hari sebelum majlis nikah.

SOP lain dikekalkan adalah, 10 individu sahaja termasuk pengantin, wali dan jurunikah yang dibenarkan berada di tempat majlis.

"Sekiranya ada di kalangan mereka yang terlibat itu didapati positif walaupun telah menerima dua dos kita akan tangguhkan pernikahan tersebut sebagai langkah ikhtiar untuk kita mencegah wabak ini walaupun kerajaan mengisytiharkan menuju endemik," kata Khalid.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Forum Khas Agama, Sempena Sambutan hari RTM ke 76 di Auditorium Permata Sari, Johor Bahru hari ini.


(Kadi Besar Johor, Khalid Sono)

Media Baharu