fb fb fb fb fb

SOP COVID-19 akan diteliti semula - Zaliha

(Foto BERNAMA)

KUALA LUMPUR, 1 Jun- Prosedur Operasi Standard (SOP) COVID-19 di Malaysia akan diteliti semula menerusi mesyuarat khas yang akan diadakan pertengahan bulan ini.

Tindakan dibuat susulan virus maut itu bukan lagi kecemasan kesihatan global seperti diumumkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa berkata antara SOP yang dijangka bakal diteliti termasuk arahan pemakaian pelitup muka dalam pengangkutan awam.

"Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan mengambil pendekatan berhati-hati sebelum membuat sebarang keputusan muktamad mengenai SOP COVID-19.

"Ini memandangkan negara masih mengekalkan kawasan jangkitan tempatan hingga akhir bulan ini," katanya kepada pemberita di sini.


(Foto BERNAMA)

Media Baharu