KOTA TINGGI, 28 Oktober- Kementerian Pendidikan Tinggi menyerahkan kepada pengurusan institusi pengajian tinggi (IPT) untuk menunjukkan solidariti kepada rakyat Palestin mengikut garis panduan dan kebebasan masing-masing.
Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata walaupun tiada sebarang arahan mengenainya, namun pihak universiti boleh menterjemah simpati tersebut dengan cara mereka sendiri.
"Setiap universiti mempunyai autonomi masing-masing, kita tahu bagaimana, kita ini universiti, kita menguruskan koordinasi, lain-lain universiti masing-masing, ada kebebasannya. Maknanya mereka pun simpati, tetapi dengan cara masing-masing", katanya selepas menghadiri Program Kesihatan Madani, Prihatin komuniti di hati bersama Megaklinik QMS Klinik di Kota Tinggi.
Pelajar IPT juga disaran menjayakan tabung sumbangan untuk rakyat palestin yang dikelolakan universiti masing-masing.
Sejak konflik Palestin-Israel tercetus beberapa universiti telah melancarkan tabung misi bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin.