fb fb fb fb fb

Rai hari sukan, program PUSPAFIT@Komuniti dianjur

Penaung PUSPANITA, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail

KUALA LUMPUR, 28 Oktober- Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) mengambil inisiatif menganjurkan program PUSPAFIT@Komuniti bagi meraikan Hari Sukan Negara tahun ini.

Penaung PUSPANITA, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata ia selari hasrat membudayakan sukan dalam kalangan masyarakat yang mendukung kerangka Malaysia MADANI dan Visi Sukan Negara 2030.

"Program ini melibatkan kerjasama strategik bersama Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), pejabat Parlimen dan Majlis Perwakilan Penduduk Parlimen Bandar Tun Razak.

"Antara acara sukan termasuklah aerobikthon, perlawanan persahabatan bola jaring dan sukaneka," kata Wan Azizah kepada pemberita di sini.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM